Monday, November 19, 2012

Akhirnya jumpa topik penting: Saintis Data

Akhirnya jumpa topik apa yang bagus untuk diketengahkan, Sains Data/ Data Science/ Data Scientist, ia dianggap terminologi yang baru dialaf ini. Ia sangat penting, hingga seorang Saintis Bioperubatan yang terkenal dalam bidang ini, Atul Butte mengganggap tidak perlunya ilmu daripada teori untuk menyelesaikan masalah. Maka suatu masa nanti, kita tak perlulah sangat bergantung sepenuhnya kepada buku teks, semua maklumat boleh diperolehi menerusi data-data internet/computer generated data. Kerjaya ini dianggap sangat baru, tetapi peranannya amat penting disyarikat-syarikat gergasi, penting untuk menentukan keputusan korporat sesuatu organisasi. Ini adalah peluang yang harus diambil/dipandang serius oleh generasi baru. Aku pun sedang bergelumang dalam bidang ini, dan sebahagian penulisan tesis aku dalam bidang ini.
 
Betul juga kata Atul Butte di dalam satu syarahan (TED Talks), betapa kita di dunia ini telah banyak menghasilkan sejumlah besar data (raw data) sehingga ber"terabyte", jadi data yang dihasilkan oleh ramainya penyelidik-penyelidik dunia yang antaranya daripada institusi penyelidikan dan pengajian tingga terkenal (Harvard, MIT, Stanford, Oxford dan lain-lain) disia-siakan. Data yang banyak ini harus ditransformasikan kepada maklumat baru dan seterusnya kepada pengetahuan baru untuk kebaikan sejagat.
 
 
http://hbr.org/2012/10/data-scientist-the-sexiest-job-of-the-21st-century/ar/1

 

No comments:

Post a Comment